PENGURUSAN ISLAM VS PENGURUSAN BARAT : MENCARI SATU TITIK KESAMAAN

Image result for politeknik

Nama Pensyarah : Ustazah Nurul Fuaddi Binti Sulaiman

Nama ahli kumpulan :

1)    Noor Hadawiyah Akmar Binti Sallehin (02DSK18F2045)
2)    Anis Sabriena Binti Azman (02DSK18F2011)
3)    Nurul Aisah Artikah Binti Amiruddin (02DSK18F2005)
4)    Nur Qhairunissa Hasina Binti Ramzi (02DSK18F2015)
5)    Nurul Fatin Nisha Binti Yasser (02DSK18F2017)


PENGENALAN

Pengurusan Islam merupakan satu proses penting bagi mengendalikan manusia, organisasi dan matlamat pengurusan Islam yang hendak dicapai berlandaskan al-Quran dan hadis. Pengurusan Islam juga merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan.Islam agama yang syumul (menyeluruh) dan serba lengkap yang mencukupi segenap aspek kehidupan, sudah tentu mempunyai falsafah, prinsip, asas dan objektif yang tersendiri dalam menentukan apa juga perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia, termasuklah dalam soal pengurusan. Islam mempunyai cara tersendiri yang dijamin mampu melahirkan keharmonian dan kesejahteraan apa jua badan. Pertubuhan atau agensi yang melibatkan soal pengurusannya. Islam menyediakan garis panduan tertentu dalam melaksanakan sistem pengurusan.


KONSEP PENGURUSAN ISLAM

 


Sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik kerana ia berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusan jelas, penyusunan dan perancangan, pengurusan teratur, pengawasan yang menyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata mata kebendaan dan keduniaan sahaja.

Definisi Pengurusan Islam
Di dalam pengurusan Islam, terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya :

a) Ahmad Ibrahim Abu Sin
Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.

b) Profesor Syed Othman Alhabshi
Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

c) Muhammad A. Al-Buraey
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.

Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam

Di antara matlamat dan objektif pengurusan Islam ialah :-
a)  Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan yang baik sesama insan.
b)  Memakmurkan muka bumi ini dengan cara yang diredhai.
c)  Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.

d)  Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.


Image result for meeting clip art 7

Prinsip-prinsip Pengurusan Islam

Tiga prinsip pengurusan Islam yang penting ialah :-

·         Demokrasi
Demokrasi ialah jaminan hak individu untuk bertindak bagi mendapat dan mempertahankan hak. Namun demikian Islam menekankan kewajipan tentang memelihara hak masyarakat. Islam menjamin hak individu dan masyarakat secara serentak dengan mewajibkan setiap individu bersifat benar, jujur, ikhlas, amanah, bertanggungjawab dan adil dalam pengurusan.

·         Syura
Prinsip syura dalam pengurusan merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai keputusan bersama.

·         Delegasi
Delegasi atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut kemahiran, kelayakan dan minat seseorang di dalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan atau ketua.


Ciri-ciri Pengurusan Islam

Related image
Ciri-ciri umum :-
·         Ikatan yang erat antara pengurusan dengan masyarakat. 
·         Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan.
·         Kemanusiaan dan kerohanian.
·         Menentukan tugas dan tanggungjawab. 

Konsep Pengurusan Barat

Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang mana ia bergantung kepada kemampuan akal semata-mata. Di mana penekanan ia menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan.

Image result for gambar kartun jabat tangan

Definisi Pengurusan Barat

Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah :

a)    Hilgert dan Leonard

Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.

b)   Boone dan Kurtz
Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan sumber teknikal dengan cara yang paling efektif.

c)    Gitman dan McDaniel
Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut.


Sistem Pengurusan Barat

i.        Membuat keputusan dalam hal keusahawanan, menyelesaikan masalah, agihan sumber manusia dan sumber alam dan sebagai perunding

ii.        Menyampaikan maklumat dan mewujudkan komunikasi yang jelas antara pihak pengurusan atasan dengan pekerja.

iii.        Galakan interaksi di antara peringkat atasan dengan pekerja bawahan dalam pengurusan dengan tujuan untuk melahirkan sikap kerjasama dan kesungguhan pekerja serta meningkatkan produktiviti organisasi


Ciri-ciri Pengurusan Barat

a)    Ramalan
Pihak pengurusan dapat membuat ramalan sesuatu hal yang akan datang untuk kemajuan organisasi dan membuat persediaan serta jangkaan sebab dan akibatnya.
Image result for gambar kartun mesyuarat
b)   Pengorganisasian
Pihak pengurusan memperkukuhkan organisasi dengan menyusun struktur, agihan, penyerahan kuasa dan mengeratkan hubungan kemanusian antara pihak pengurusan dengan pekerja.

c)    Pimpinan
Pihak pengurusan membuat keputusan, menghadkan perhubungan, meningkatkan motivasi, pemilihan, penempatan tenaga kerja dan pembangunan atau latihan serta penambahan tenaga kerja.

d)   Pengawalan
Untuk menjaga perkihdmatan cemerlang dan pengurusan berkualiti, pihak pengurusan sentiasa mengadakan kawalan mutu perkhidmatan dan pengeluaran. Penilian dan pengukuran dilakukan dari masa ke semasa untuk mengenalpasti kelemahan dan mencadangkan pembaikan

e)    Perancangan Bertindak
Pihak pengurusan membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai matlamat organisasi secara sistematik dari segi teori dan amali. 

Persamaan Pengurusan Islam vs Pengurusan Barat


ü  Prosedur-prosedur yang mereka lalui dalam proses untuk menghasilkan keputusan strategi.
ü   Halangan yang terpaksa dihadapi perusahaan-perusahaan tersebut.
ü  Mereka memilih isu-isu yang telah dikenal pasti dan perlu untuk penyelidikan selanjutnya.
  

KESIMPULAN

Pengurusan Islam
Sesungguhnya sistem pengurusan islam itu lengkap dan sistematik. Hal ini bertitik tolak dari prinsip pengurusannya yang jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur termasuk jangka pendek dan jangka panjang, pengawasan yang menyeluruh dan terperinci dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dan tidak semata mata untuk kepentingan kebendaan dan keduniaan.

Pengurusan Barat 
Pengurusan barat dari segi sistemnya memanglah canggih. Oleh itu pengurusan mereka begitu baik dan berkesan jika diihat dari aspek pencapaian kebendaan iaitu perkhidmatan berkualiti dan kecemerlangan. Walau bagaimana pun, segi kerohaniannya ia masih lagi boleh dipertikaikan.

RUJUKAN

     1. Mustafa Haji Daud(1994), PENGURUSAN ISLAM , Kuala Lumpur:       Cheras  Utusan    Publication & Distributors Sdn.Bhd
2. Shaharom Tm Sulaiman (1997), Pengurusan Islam Dan Pembangunan Manusia, Selangor: Darul Ehsan Thinker’s Library Sdn Bhd  
3.    Jaafar Muhammad (1988), Asas Pengurusan Shah Alam: Selangor Darul Ehsan Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
4.    Zainal Abidin Mohamed (1994), PENGURUSAN STRATEGI, Kuala Lumpur: Cheras Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
5.   Zainal Abidin Mohamed (2007), PENGURUSAN STRATEGIK, Kuala Lumpur: Cheras Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.





LAMPIRAN


\

Image result for PRINSIP ISLAM DALAM PENGURUSAN


Image result for definisi pengurusan islam





PENGHARGAAN

Segala puji-pujian dipanjatkan terhadap Allah SWT, selawat salam ke atas jujungan besar Nabi Muhammad SAW utusan terakhir.Kami bersyukur kerana limpahan kurnianya dan kekuatan yang diberikan olehnya untuk kami menyiapkan blog ini .

              Semoga dengan terbitan blog ini dapat menjadi rujukan utama di kalangan masyarakat serta umat islam secara umumnya.Kami berdoa agar para pembaca mendapat ilmu yang bermanfaat tentang pengurusan islam dan barat melalui blog ini seterusnya mengamalkan di dalam kehidupan.


              Akhir sekali kami memohon kemaafaan sekiranya terdapat kekurangan dalam penghasilan blog ini.Oleh itu bagi menyempurnakan lagi blog ini , segala idea dan teguran sangat dialu-alukan untuk mengemaskini dan penambaikan .

Comments